BACA JUGA:Cara Bikin Kosmetik Kecantikan Sendiri di Rumah dengan Bahan Alami, Ini Resepnya
Cara Mendapatkan Minyak Kelapa Dara
Biasanya, minyak kelapa dara boleh didapati di farmasi atau toko-toko jamu. Tapi, jika Anda ingin rajin mau buat sendiri, berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh diikuti.
1. Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan.
- Corong
- Beberapa bebola kapas
- Kain lembut atau tuala dapur. Tisu muka pun boleh. (Bukan tisu tandas).
- Sudu besar
- Bekas untuk letak santan
- Balang atau botol untuk kumpul minyak kelapa dara
2. Letakkan santan yang masih dalam bungkusan ke dalam bekas bertutup.
3. Biarkan sekurang-kurangnya selama 24 jam. Letak bekas tersebut di tempat yang panas seperti di dalam almari atau dalam bonet kereta semasa cuaca panas.
BACA JUGA:Sebelum Beli, Kenali Ciri-ciri Mobil Bekas Banjir
4. Buih-buih kesan dari proses penapaian akan mula kelihatan selepas tempoh itu.
5. Santan tadi kemudian disimpan dalam peti sejuk bahagian beku selama 3 hingga 4 hari untuk proses pembekuan pertama.
6. Selepas cukup tempoh, keluarkan santan yang telah beku. Biarkan cair sepenuhnya. Minyak kelapa dara telah mula terbentuk ketika ini.
7. Santan yang telah cair itu kemudiannya disimpan semula ke dalam peti sejuk beku selama 2 jam. Ini untuk membekukan semula minyak kelapa dara dan sisa pepejal yang telah terasing dari bahan cecair.
BACA JUGA:Belum Banyak yang Tahu, Ini Manfaat Ketos Kelapa untuk Wajah, Begini Cara Pengolahannya
8. Selepas 2 jam, keluarkan santan dan buang cecair dari bungkusan santan tersebut. Sisa cecair itu adalah produk terakhir daripada proses penapaian. Ia masih boleh digunakan untuk tujuan lain (disiram pada tanaman misalnya).
9. Letak kain atau tisu pada corong yang telah disumbat dengan bebola kapas. Sudukan minyak dan biarkan ia mencair di atas kain.
10. Minyak akan mula menegang dan perlahan-lahan menitis ke dalam balang/botol. Itulah minyak kelapa dara yang bersih dan selamat untuk diamalkan.
Demikianlah sejumlah khasiat minyak kelapa dara untuk kesehatan tubuh hingga cara mendapatkannya. Semoga bermanfaat.
Nutri Septiana